Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Sabtu, 01 November 2014

Pilihan Bahasa

PENGENALAN

Bahagian ini merupakan nadi utama bagi urusan pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Pelajar secara keseluruhannya. Peranan dan tanggungjawab dalam aspek pengurusan pentadbiran, pengurusan kewangan dan perkhidmatan kepada pelajar. Bahagian ini terdiri daripada tiga seksyen utama iaitu Seksyen Pentadbiran, Seksyen Kewangan dan Seksyen Perkhidmatan.

FUNGSI

Seksyen Pentadbiran

  1. Menguruskan pentadbiran am Jabatan Hal Ehwal Pelajar termasuklah perkhidmatan kakitangan.
  2. Menyimpan rekod dan dokumentasi jabatan Hal Ehwal Jabatan.
  3. Sekretariat kepada Pihak Berkuasa Tatatertib UMS dalam mengendalikan prosiding tatatertib pelajar UMS mengikut Akta Universiti dan Kolej (AUKU) 1971 dan Kaedah-Kaedah UMS (Tatatertib Pelajar)
  4. Menguruskan pembangunan infrastruktur dan kemudahan peralatan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
  5. Mendapatkan maklumat, mengumpul dan memberi maklumbalas Keutuhan Pengurusan, Karenah Birokrasi dan Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada setiap suku tahun.
  6. Melaksanakan program-program integriti dan patriotism.
  7. Merancang dan mengurus penerbitan jabatan berbentuk buletin, brosur dan media masa bagi meningkatkan siar raya aktiviti universiti di Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Seksyen Kewangan

  1. Merancang dan menguruskan belanjawan, perolehan dan perbelanjaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
  2. Menyediakan rekod aset dan inventori Jabatan Ehwal Pelajar.
  3. Menyelaras tuntutan kewangan pelajar.

Seksyen Perkhidmatan

  1. Menguruskan perkhidmatan kepada pelajar seperti One Stop Centre, kenderaan, bilik seminar dan bilik mesyuarat.
  2. Merancang dan mengurus pengukuhan perkhidmatan ICT termasuklah peningkatan laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
  3. Merancang dan mengurus kemudahan kepada pelajar seperti kantin, koperasi, pejabat pos dan mesin ATM di bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
  4. Menguruskan perhubungan dengan pihak luar seperti menerima pelawat dari luar jabatan.
  5. Menilai dan merancang peningkatan mutu perkhidmatan kepada pelajar secara berterusan berdasarkan aplikasi Manual Kualiti Universiti dan Manual Quality Assessment (MQA).