Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Selasa, 16 September 2014

Pilihan Bahasa

.: Utama :. Kakitangan :. Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kepada pelajar dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan, perumahan pelajar, kesihatan, kaunseling, kerjaya, berpersatuan, biasiswa dan bantuan kewangan pelajar.

Perkhidmatan yang diberikan bermatlamat untuk mewujudkan suasana kehidupan yang harmonis dalam kalangan pelajar dengan mengamalkan budaya hidup kampus yang berkualiti.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar menawarkan Program Pembangunan Sahsiah yang holistik dalam pembangunan graduan yang seimbang, berketrampilan, bertaqwa dan patriotik.

WAWASAN

Bertekad menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan latihan yang berkualiti, cekap, berkesan dan profeisonal serta sesuai dengan keperluan semasa untuk memenuhi kehendak, keputusan dan jangkaan pelanggan

MISI

Bertekad memberi perkhidmatan yang cekap, amanah dan proaktif selaras dengan falsafah dan wawasan Universiti.

OBJEKTIF

Memantapkan pembinaan sahsiah pelajar selaras dengan visi dan misi. Memastikan mutu penyampaian perkhidmatan dan pengendalian Kebajikan pelajar diurus dengan cekap dan berkesan; Memperkasan jaringan alumni dan hubungan kerjaya.