Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Selasa, 29 Julai 2014

Pilihan Bahasa

PENGENALAN

Bahagian ini ditubuhkan bagi merancang, menyelaras, melaksana serta memantau segala aktiviti mengenai kebudayaan dan kesenian Universiti Malaysia Sabah. Melalui bahagian ini, pelajar akan dibantu agar dapat mengetengahkan serta mengembangkan bakat mereka sama ada dalam kampus ataupun ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping, dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik, kokurikulum serta kesenian dan kebudayaan, para pelajar juga dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi persekitaran luar terutamanya ke alam pekerjaan, agar lebih yakin, kreatif unutk menonjol bakat serta  mampu memberi keyakinan pihak luar terhadap kebolehan pencapaian para pelajar Universiti Malaysia Sabah.


FUNGSI

1. Menyemai dan menanam sikap cintakan kebudayaan dan kesenian terhadap pelajar, selaras dengan objektif yang terkandung dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
2. Merancang, menggerak, melaksanakan dan memantau segala aktiviti kesenian dan kebudayaan bagi para pelajar dan universiti.
3. Mencungkil dan mengenengahkan bakat serta kebolehan pelajar dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
4. penyelarasan serta pendokumentasian laporan aktiviti kesenian dan kebudayaan yang telah disertai oleh pelajar.
5. Meneruskan konsep perpaduan yang memperkasakan hubungan antara kaum.
6. Memberi ruang kepada pelajar meneruskan penglibatan dalam seni dan kebudayaan disamping mewakili UMS dalam apa-apa pertandingan atau persembahan kebudayaan dan kesenian.

VISI

Melahirkan mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah  yang berpengetahuan serta seimbang darisegi akademik, ko-kurikulum, kebudayaan dan kesenian.

MISI

1. Mempergiatkan usaha mengekal dan memulihara seni budaya.
2. Mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui usaha memupuk, membimbing, merakyatkan dan menyemarakkan seni budaya.
3. Menggalak dan meluaskan pendidikan seni budaya.


OBJEKTIF

1. Mengekal dan mengembangkan kebudayaan dan kesenian.
2. Menyebarkan maklumat seni budaya kepada mahasiswa dalam dan luar kampus
3. Menyediakan kemudahan prasarana seni dan budaya yang kondusif dan khidmat nasihat kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah.
4. Meningkatkan pembangunan produk seni budaya ke arah gagasan 1Malaysia.


STRATEGI

1. Mengadakan kerjasama strategik dengan sekolah-sekolah dan kolej-kolej kediaman, IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia, dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi tujuan meningkatkan pembangunan seni budaya.
2. Bekerjasama dengan pelbagai bidang tenaga pakar bagi meningkatkan usaha penyelidikan dan menjalankan program pembangunan produk seni budaya.
3. Menubuhkan sekretariat dan kelab kebudayaan di kalangan pelajar untuk melaksanakan perancangan aktiviti kebudayaan dan kesenian.


PENGURUSAN ORGANISASI

a)  Penubuhan sekretariat dibawah unit kebudayaan dan kesenian. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pelajar UMS. Sekretariat ini adalah berfungsi untuk membantu bahagian pengurusan bagi sebarang aktiviti yang dirancang dan akan dilaksanakan. Proses pemilihan Sekretariat  akan dijalankan temuduga agar mereka bersedia untuk menjawat sebarang jawatan dalam sekretariat seksyen kebudayaan dan kesenian. Penglibatan pelajar dalam sekretariat ini akan membantu mereka menimba pengalaman secara praktikal sebelum tamat pengajian dan boleh   dijadikan sebagai pengalaman berkerja.
b)  Sebagai langkah memusatkan seluruh aktiviti berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian semua kelab dan persatuan yang berkenaan dengan kebudayaan dan kesenian harus berdaftar di bawah bahagian kebudayaan dan kesenian Hal Ehwal Pelajar untuk mempermudahkan Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan aktiviti universiti, contohnya;

a) Kelab-kelab kebudayaan dan kesenian di bawah kolej-kolej
b) Kelab-Kelab kebudayaan dan kesenian di bawah sekolah


SEKSYEN PENGEMBANGAN SENI

Seksyen ini adalah berfungsi sebagai:

1. Perancangan, penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan  setiap program/aktiviti pengembangan seni:
a) Teater,
b) Muzik (tradisi dan moden)
c) Tari (tradisional, kreasi baru, moden, kontemporari)
d) Seni tampak/visual
e) Orator (debat, pantun, puisi, penulisan)
f) Permainan Tradisi


SEKSYEN PENGEMBANGAN  BUDAYA

Seksyen ini adalah berfungsi sebagai:

1. Perancangan, penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan  setiap program/aktiviti pengembangan budaya:
a) Adat dan istiadat
b) Kepercayaan dan amalan
c) Apresiasi budaya (perkampungan budaya, kembara dan lain-lain)
d) Warisan dan budaya (busana, rumah, permainan dan lain-lain)